
Mereka ini merupakan antara pelaut terkenal pada zaman dahulu sebelum kedatangan penjajah di Sabah . Orang Bajau boleh dibahagikan kepada Orang Bajau Samah Pantai Barat yang menetap di sekitar Putatan, Tuaran,Kota Marudu Kota Belud dan Papar. Manakala Orang Bajau Pantai Τimur pula menetap di sekitar Κudat, Ѕandakan, Lahad Datu, Κunak, Semporna dan Tawau. Kalau nak tahu , Bangsa bajau nie terkenal dengan keunikkannya dan juga pantang larang dalam kaum tersebut , Sebelum tu , saya nak cerita sikid tentang pakaian kaum Bajau . Bagi Pakaian tradisional suku Kaum Bajau.Berdasarkan gambar, wanita menggayakan blaus badu sampit dan kain sarung polos berangkit, perhiasan leher mandapun dan perhiasan kepala sarempak.Lelaki Bajau menggayakan baju potongan Cekak Musang, seluar, samping dan destar.Manakala, pasangan suku kaum Bajau menggayakan pakaian adat perkahwinan dan kebesaran.Pakaian lelaki dari kain satin berhias renda dan pakaian wanita juga dari satin yang dilengkapi dengan mandapun dan tali pinggang. Gambar di bawah adalah contoh bagi pakaian kaum bajau tersebut .
MAKANAN TRADISI KAUM BAJAU


PATANG LARANG
PATANG LARANG KEMATIAN
Patang larang kaum bajau nie ada pelbagai segi . Dari segi kelahiran , kematian , perkahwinan dan pelbagai . First , ssys nak cerita pasal pantang larang kematian . Sewaktu berlaku kematian , adat yang dilakukan oleh kaum Bajau ialah “Adat Berjogo atau Berjaga “adat dan kepercayaan suku kaum Bajau Kota Belud yang masih diamalkan sehingga hari ini. ‘ Bejogo ‘ bermaksud berjaga. Acara berjaga ini dibuat selepas kelahiran anak, sewaktu sakit tenat atau meninggal dunia . pantang larang sesuatu kematian melibatkan keseluruhan keluarga, saudara-mara, bahkan seluruh penduduk kampung si mati agar kecelakaan atau sebarang malapetaka yang tidak diingini tidak akan menimpa mereka. Oleh itu, semasa proses-proses pengurusan jasad si mati dilaksanakan, terdapat juga pantang larang lain yang perlu diikuti oleh keluarga, saudara-mara dan penduduk kampung Si mati. Antaranya termasuklah tidak boleh memecahkan barangan seperti gelas, mangkuk dan pingan, tidak boleh membakar sampah sarap yang menjadi makanan kecuali membakar sampah sarap, tidak boleh melakukan sebarang pekerjaan misalnya menjahit, menganyam atau bertukang, tidak boleh membuang kutu dari rambut, tidak boleh bersin di rumah si mati, dan tidak boleh membersihkan rumah pada hari pertama sehinggalah hari ketujuh kematian si mati. Selain itu, terdapat juga pantang larang yang harus dipatuhi oleh isteri si mati (balu) iaitu tidak boleh menyapu rumah dan menyisir rambut selama seminggu dari kematian suaminya. Tempat tidur (bengkaian) si mati juga harus di jaga dengan rapi selama seminggu dari kematiannya. Masyarakat kampung juga tidak boleh bersuka ria seperti bermain alat muzik, berkaroke, dan berkompang.
PATANG LARANG PERKAHWINAN
Bagi adat perkahwinan,majlis dibuat sebelum hari prkahwinan.Keluarga yang berada mengadakan majlis tujuh hari sebelumnya,tiga hari bagi keluarga sederhana dan sehari bagi keluarga miskin.Sepanjang hari tersebut pada sebelah malamnya majlis titik diadakan iaitu memainkan alat muzik di tempat kediaman kedua- dua belah pihak.Majlis ini mungkin berlangsung hingga larut malam,kemudian diikuti dengan tarian tradisional.Sehari sebelum perkahwinan,bakal pengantin lelaki dan perempuan akan didandan oleh beberapa orang mak andam.Pengantin lelaki yang berpakaian serba kuning lengkap akan diusung dengan tandu atau menunggang kuda ketika menuju ke kediaman pengantin perempuan.Beberapa das tembakan akan dilepaskan sebagai tanda hormat akan ketibaan rombongan pengantin lelaki di halaman rumah pengantin perempuan.Setelah tiba waktunya,pengantin lelaki mengambil wuduk dan majlis akad nikah dilangsungkan.Selepas itu,pengantin lelaki akan dibawa masuk ke bilik pengantin perempuan bagi upacara pembatalan air sembahyang.Setelah pengantin lelaki membatalkan air sembahyang dengan menyentuh dahi isterinya,kedua dua mempelai itu disandingkan.
PATANG LARANG KELAHIRAN
Adat kelahiran masyarakat Bajau pula ialah sewaktu mengandung,terdapat beberapa adat yang dijalankan antaranya ialah seperti berpantang.Bagi mengelakkan bahaya sewaktu mengandung,wanita tersebut perlu menjalani beberapa pantang larang tertentu.Ia bertujuan untuk menjaga keselamatan dirinya serta kandungan,di samping memudahkan proses kelahiran kelak.Antara pantang larang tersebut ialah,wanita hamil tidak boleh berjalan malam kerana dikhuatiri akan diganggu oleh makhluk halus,wanita hamil juga tidak boleh meminum atau mandi dengan air hujan yang jatuh dari bumbung kerana di bimbangi tembuni akan terus mati terutama bagi mereka yang mengandung sulung.Semasa bersalin pula,apabila sudah tiba masanya,bidan akan segera dipanggil dan peralatan tertentu turut disediakan.Adakalanya di bawah rumah tersebut,duri dan benda-benda tajam akan di letakkan bagi mengelakkan gangguan makhluk halus terhadap si ibu dan bayi.Selepas kelahiran,si ibu akan sekali lagi menjalani beberapa pantang larang.Antaranya ialah,si ibu harus memakai sarung yang berwarna gelap,biasanya hitam,kerana warna yang terang tidak baik untuk kesihatan mata bayi.
KESENIAAN KAUM BAJAU
Untuk pengetahuan keseniaan bagi kaum bajau juga adalah salah satu keseniaan yang antara menarik dalam semua bangsa yang terdapat di sabah nie . Antara keseniaan kaum bajau ialah :
Tarian Dalling-Dalling Βajau dan Іgal Іgal Вajau.
perkataan dalling-dalling adalah kata ganda daripada perkataan Sinamah (bahasa Bajau) 'dalling' yang bermaksud gerakan seluruh badan mengikut rentak tertentu. Ini adalah tarian hiburan di majlis keramaian khususnya majlis perkahwinan. Tarian daling-daling diiringi oleh pantun yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi atau dua penyanyi. Secara tradisionalnya penyanyi yang menyampaikan nyanyian (disebut kalangan dalam Sinamah) adalah pemuzik. Alat muzik yang digunakan pula dipanggil gabbang. Kadang-kadang pemuzik dibantu oleh seorang penyanyi lain yang lazimnya wanita, terutama apabila aturcara majlis dijangka mengambil masa yang lama yang kadang-kadang mencecah semalaman. Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka mendapati, tarian dalling-dalling akan semakin rancak dan menghiburkan apabila ia ditarikan oleh penari secara berpasangan dan kedua-dua penyanyi dalam keadaan 'magbono' kalangan atau berbalas pantun. Dalam keadaan sedemikian, semua watak (penyanyi, pemuzik dan penari) akan menunjukkan kepakaran masing-masing untuk diiktiraf sebagai yang terbaik oleh hadirin
Tarian Limbai & Runsai (Bajau Kota Belud)
Tarian Limbai merupakan satu tarian traditional suku kaum Bajau Kota Belud. Tarian Limbai biasanya ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin lelaki naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan. Tarian limbai di iringi oleh irama kulin tangan.Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua orang pemain gong dan seorang pemain bebandil.Tarian ini mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin lelaki naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang
BAHASA KAUM BAJAU
Okey , Sekarang jom kita belajar Bahasa bajau nie pulak . Kalau ikutkan takde laa susah sangat Bahasa bajau nie .Dialeknya hamper sama je cuma yang membezakannya ialah dari segi sebutan,pembentukan kata dan makna dalam setiap dialek bajau ini.Namun perbezaan yang sangat ketara dapat diilhat dari pembahagian dua kawasan iaiitu penutur dialek bajau di pantai timur (Κudat, Ѕandakan, Lahad Datu, Κunak, Semporna dan Tawau) dan pantai barat (Putatan, Tuaran,Kota Marudu Kota Belud dan Papar). Okey saya akan tunjukkan serba sikid bahasa bajau yang digunakan dalam percakapan mereka .
• pi hik = pi sana / pergi sana
• pa hik = ke sana
• pi hitu = pi sini / pergi sini / ke sini
• pi ingga ? = pi mana ? / pergi mana ?
• ma ingga ? = di mana ? / dekat mana ?
• ma hitu = di sini / dekat sini
• ma hik = di sana / dekat sana
• ma sayi ? = sama siapa ? / kepada siapa ? / pada siapa ?
• min ingga ? = dari mana ?
• min sayi ? = daripada siapa ? / dari siapa ?
• min sumian ? = sejak bila ?
• beti = seperti / macam / bagai / umpama
• sali = seperti / macam / bagai / umpama
• umpama = umpama / seperti / laksana
• beti ayi ? = seperti apa ?
• sali ayi ? = seperti apa ?
• umpama ayi ? = umpama apa ?
• beti ingga ? / betingga ? = seperti mana ? / bagaimana ?
itu adalah serba sikid Bahasa yang boleh anda pelajari .heheh takdelaa susah sangat . Cuma dialeknya perlukan sebutan yang betul .Okey itu sahaja dari saya tentang kaum bajau . Maaf atas segala salah dan silap . Thats All terima kasih sudi kunjungi blog saya . Assalamualaikum :)
No comments:
New comments are not allowed.